About Me

My photo
Cinta Si Pari-Pari adalah satu blog yang mengkhususkan kepada planner Berendoi baby, pelamin-pelamin nikah/tunang & pembuatan coklat handmade... & juga berkongsi sedikit sebanyak isu-isu umum utk bacaan semua. Terima kasih ke blog CSPP!

Translate it!

Powered by Blogger.

Sunday 6 January 2013















Semalam singgah ke Maybank Greentown @ 9.30pm, en.suami g atm...ternampak seorang perempuan dalam lingkungan 40an duduk bersila di koridor bank & menjual sesuatu dlm peket...& ada seorang kanak2 lelaki dalam umur 2thn di sebelah... pakaian budak tu kemas & lengkap tshirt, seluar jeans pjg, berkasut tutup. Padahal si perempuan tu compang camping je...
Mama pun tny pd en.suami, perempuan tu jual apa... kata en.suami, jual kerepek tp kesian budak tu menangis je panggil 'mama'..'mama'.... pegang botol susu tp kosong~~
Budak tu pun xnk duduk dkt dia... & kata en.suami, muka ppuan tu & bdk tu x sama...

adoi....anak sape tu? betul ke anak perempuan tu?... knp budak tu takut kat dia..? Kalau anak dia pun, sian bdk tu dok luar mlm2 mcm tu... kot dia sejuk @ lapar...


Takut dengan isu kanak2 diculik...kanak2 dipergunakan...

Harap budak tu memang anak perempuan tu la~~







>> 10 fakta tentang kelahiran yg anda patut tahu <<

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.


Betapa hebat seorang ibu. So, friends just ingat..redha mereka adalah yang terbaik~

Al-Fatihah utk arwah mak.. 

Friday 4 January 2013

Hadramawt Paradise Ipoh!


Siang tadi mama ditugaskan oleh bos utk mencari 1 tempat utk diadakan farewell party utk salah seorg big bos mama. 
Fikir punya fikir, mama rasa buat di hotel tu common sgt...& mama terpikir yg bos mama ni suka makanan Yemen @ala-ala arab~~!


So mama pun pergila ke sebuah restoran makanan Yemen ni, sbb ramai kata restoran tu antara yang paling sedap~~

 Hadramawt Paradise (bertentang dengan Kinta River Front Hotel Ipoh)

Mama dengan ditemani seorang kawan pun tinjau2 tempat...not bad la! Suasana tempat bg mama boleh tahan. 
Kami pun dihidang dengan air fresh watermelon... & makanan utk kami cuba! 
& its for FREE! hehehe... (kami pun rasa sampai kenyang!)
Tapi kami dah kenyang makan sebelum tu~~
Kami dihidang dengan Chicken & Lamb Mandy beserta dengan 3 jenis nasi...Mandy, Kabsa, Madghout.. + Sekeping roti Arab yang sebesar pinggan besar! Curry & chilli. Sedap!!
Mama suka nasi Mandy- rasa dia xtau nk ckp mcm mn tp sedap & Madghout- ada mcm rempah2 & sedap mkn mcm tu je.. Ayam mandy mmg terbaik! 
Very The Soft gitu!

Price-okla rasanya berpatutan. Ada lagi banyak pilihan makanan. Bole la datang next time!

Kwn mama kata kita dah macam jalan-jalan cari makan plak tp pepun harap2 jadila buat farewell kat sini, kalau x, malu dah makan banyak ni!

& Finally, ok Pak Arab! Puas hati! Kami On!!!

Bagi yang minat Yemen food @ nak try, bole la kesana! Tapi bayar tau! Tp kot pakai mcm ni, kot bole dapat FREE kot~~ Hehehehe..
Mama xdela pakai mcm ni td... Ni time Majlis Hari Raya ofis mama bertemakan Arabian Nite!






OK! Cekidout!
Ya Habibi Ya Ali Baba~~ Ya Habibi Ya Ali Baba~~


Thursday 3 January 2013

Pelajar India yang mati dirogol..


Inilah pelajar India yang dirogol beramai-ramai pada 16 Disember 2012 di dalam bas kemudian dicampak keluar ketika bas sedang bergerak...




Gadis malang berusia 23 tahun yang dirogol seramai 6 orang bergilir2 sebelum ditusuk batang besi ke dalam kemaluannya sehingga terkeluar usus kecil & usus besarnya!
Setelah 5 kali koma, gadis malang ni meninggal pada 28 Disember 2012 
(ada yang kata 29 Dis).


Walaupun ringkas, tapi dah boleh gambarkan ke'ngeri'an! Dahla dirogol! beramai2 plak tu, dicucuk nya batang besi sampai terkeluar organ dalam! Adoiii~~





Dasyat betulla perogol2 macam ni! Terlalu kejam! 
Dibuatnya macam patung je~~


Bila baca artikel2 rogol macam ni, takut pulak rasanya untuk keluar sorang2 kan... 


So, friends...sentiasala kite especially wanita berjaga2 berjalan kemana pun... xkirala anak dara ke...mak dara ke... nenek dara ke... malah baby dara skalipun! selagi namanya perempuan, kita sentiasa perlu berhati2!! Sebab kita selalu dianggap sebagai gender yang lemah & xpandai mempertahankan diri...


Sedikit peringatan yang biasa kita dengar... janganla berada di tempat sunyi sorg2...keluarla secara berkumpulan ramai2... & pandai2la belajar guna apa yg ada pd kita sebagai senjata mempertahankan diri...payung ke...pen ke...apa2 je la...

& bg mama, kalau mama ada anak perempuan, mama akan hantar dia belajar seni mempertahankan diri~~Itu terbaik
Mungkin dapat membantu dalam keadaan mcm ni..

(teringat kwn mama dulu...rumahnya kena pecah masuk & nasib malangnya dia seorang je dlm rumah tu. Perompak yg asalnya nak merompak tukar plan nak merogol skali... Kawan mama dipaksa buka baju...tp kwn mama tiba2 buat2 histeria macam kena rasuk hantu & mengeluarkan suara2 menakutkan... 
Melihat keadaan kwn tu yg menyeramkan dgn mata terjegil2 siap dengan ketawa2, lintang pukang perompak vs bakal perogol tu lari!!... Hehehe... kelakar gak dengar...tp actually gud idea gak tu!.. Nasib baik la dia tu~~)






Pelamin mini untuk Pertunangan & Pernikahan.
Berminat - Sila hubungi mama di FB Cinta Si Pari-Pari

TQS!!

Wednesday 2 January 2013

COLOUR BLOCK 2012



COLOUR BLOCK - Agak famous sejak antara pertengahan/hujung tahun 2012. Actually, kalu kena gaya, colour block ni memang cantik! Xdela kalu baju biru, kasut pun nak biru.. Baju merah, kasut pun merah kan..??
Nak bercolour blocking ni xdela susah sangat pun. Mix & match kan je!
Tapi ada syarat & terma gak nak bercolour blok ni ye beb!
:~
1* Elakkan menggunakan colour blok dari fabrik bercorak
2* Better fabrik plain dengan adunan 2-3 warna. Simple & nice!

So, disini mama ada letakkan The Guidelines for Colour Blocking~~




Alaa...colour block ni utk fesyen moden bole la...mana sesuai utk kite2 yg muslimah...

U R NOT RIGHT dear...!!

cer tengok ni ha....


Fesyen baju kurung moden colour block dari minazboutiquestudio! cantik kan??! 
Sangat cantik & trendy! 

& lagi..




& jom tengok mcm mana tudung2 pun dah di colour block kan!

layari FB-Shafinas Ys (De'Noorish EleganceYs)

Antara colour block yang agak safe. 
Utk permulaan bole try colour2 mcm ni!


So, buangkan kata2 'kurang manis' yg kata mcm warna 'ehem2~'.         
 Actually we r in trend!







So, enjoy ur colour blocking!
Bye....~~